Friday, 27 July 2012

Kempen 1Ashraf 1Makwe

Halu.. Assalamualaikum :)

Haa nampak tak template design dah tukar? Penukaran ni bersempena kempen "1Ashraf 1Makwe" yang dilancarkan seiring sambutan kemerdekaan Malaysia ke-55. Ok ok get serious, Sebenarnya tak ada apa pun dengan kempen ni. Aku just bosan tak tahu nak buat apa, jadi aku merapik la tukar template, alang-alang tukar template dapat la juga aku update blog ni kan? hehe 



Update terkini, ceghap.com punya header pun dah tukar ala-ala blog jambu, iye sepena (ah berapa banyak sepena ni ha?) penukaran wajah aku kepada lebih jambu dan babyface :3 Biasa la bila single ja tukar jadi babyface single ja jadi babyface, rimas juga kedang-kadang tu.

Apa nak cerita lagi ha? Sejak dah tua ni skill menaip pun dah berkarat (sejak dulu pun sebenarnya sama je), sampai tak tahu nak blogging apa, nak cerita apa, aku bukannya gadis lawa yang boleh menampal gambar-gambar bajet cute kat sini, tak ada orang nak tengok pun, blog ni pun untung la kalau ada orang baca ni. hehe Emm, owh ya, aku telah menjadi reseller rasmi bagi akaun premium Alldebrid, untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh selak di halaman sebelah (Older Post). Marilah beli! Murah je RM15 je :D

alldebrid1 Alldebrid
Owh juga 1 berita tak penting, aku juga dah dilantik sebagai salah seorang Admin di syok.org (sebenarnya dah lama, cuma tak letak rank kat forum je) saja nak kecoh kembang punggung sket.

Lagi berita tak berapa penting, aku sedang membangunkan replacement for hujan.org dan ia adalah hujan.my. Membawa konsep yang sama seperti hujan.org cuma penambahbaikan dibuat dengan membuat dalam versi blog dan portal serta forum. Portal dan forum menggunakan dua script yang berlainan dimana portal/blog dipasang pada platform Wordpress manakala forum menggunakan MyBB Forum. Disitu dapat dilihat yang portal dan forum tidak mengguakan database yang sama cuma template sahaja serupa. Template percuma untuk MyBB aku gunakan dan aku redesign template wordpress supaya kelihatan sama dengan template MyBB.


Haa berita paling bangang nak bagi tahu, blog komik aku Sang Enemy tu aku dah pasang lagu raya, p la masuk tengok dan sing along! haha

0 comments:

Post a Comment